Tujuan penubuhan blog Alumnai PERDIQMA

Blog Alumnai PERDIQMA digunakan oleh alumnai PERDIQMA bertujuan bagi menyampaikan maklumat aktiviti terkini berkaitan alumnai, laporan aktiviti & perkongsian agama. Selamt berjuang kepada saf pimpinan Alumnai yang masih sudi membantu gerakan Islam di KPMB walaupun anda telah menamatkan pengajian. Semoga usaha anda dirahmati Allah SWT.

Tuesday, 25 October 2011

KURSUS OUTDOOR KEPIMPINAN PERDIQMA


Pada 14-16 Oktober 2011 lalu, pihak ALUMNI PERDIQMA telah mengadakan program Kepimpinan PERDIQMA dengan objektif untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk membela agama Islam melalui kepimpinan. Seramai 30 orang termasuk fasilitator yang menyertai program tersebut. Program tersebut diadakan di sekitar Pantai Morib, Banting Selangor.

Pada petang 14 Oktober 2011,semua peserta termasuk fasilitator berkumpul di hadapan surau An-Nur untuk bersama-sama bertolak ke Pantai Morib. Sebelum bertolak ke Pantai Morib,semua peserta dan fasilitator mengaminkan doa yang diketuai oleh saudara Aizuddin supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju. 


Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Kolej Profesional MARA, Beranang.Sesudah sampai lokasi penginapan iaitu di Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya' Al Ahmadi, Kesemua peserta dan fasilitator diagihkan tempat untuk beristirehat.


Untuk Misi pertama bagi program kepimpinan ini adalah Misi ke Gaza. Misi ini dijalankan di dalam permainan berupa explorace tetapi mempunyai pengisian yang sangat mendalam. Yang menariknya misi ini dijalan pada waktu tengah malam demi membuatkan para peserta bagaikan betul-betul sedang menjalankan misi ke Gaza.

Misi ini mempunyai 4 checkpoint yang perlu dilaksanakan. Salah satu checkpoint yang perlu diselesaikan menuntut para 'pejuang' membuat strategi yang terbaik untuk mengelakkan ahli kumpulan ditipu oleh musuh ketika dalam perjalanan menemui ejen rahsia. Di sini memerlukan kerjasama yang sangat kuat dari setiap ahli kumpulan. Di akhir misi ini hanya 1 kumpulan sahaja yang berjaya melaksanakan misi dengan jayanya.

Pada keesokan paginya pula para peserta dibawa kesatu lagi lokasi yang sangat menarik iaitu bukit Jugra. Aktiviti untuk para peserta pada hari itu adalah mendaki Bukit Jugra. Sambil dalam perjalanan mendaki para peserta dapat menikmati nikmat Allah SWT dengan melihat pemandangan yang hijau dan menghirup udara yang segar. Subhanallah....Para peserta sempat bergambar dan menikmati pemandangan yang luas dan menarik dari atas bukit Jugra. Dan taniah juga pada para peserta kerana berjaya menawan bukit Jugra.
 Misi ke seterusnya iaitu "Sebarkan Dakwah Agama Mu". Para peserta juga diajar bagaimana untuk menjadi kader-kader dakwah yang profesional dengan pelbagai topik menjadi isu perbincangan pada petang sabtu di Pantai Morib.Bayu laut dan alunan ombak Pantai Morib telah menambah api semangat para peserta untuk menggalas tugas sebagai pewaris para nabi dalam berdakwah.


Pada malamnya,Encik Musa Mohamad Ali telah memberi amanat yang amat berguna kepada bakal kader-kader dakwah PERDIQMA dalam slot santai "Remaja Muslim & Kepimpinan".Selepas itu,aktiviti BBQ dan persembahan dari para peserta dengan tema berkaitan "bumi jihad Palestin".

Hari terakhir program,para peserta diberi peluang yang amat manis oleh Allah SWT untuk solat Subuh berjamaah di atas pasir dan diiringi pukulan ombak lantas memberi 1001 tarbiyah kepada para peserta ,ditambah pula dengan tazkirah oleh Encik Musa Mohamad Ali yang menaikkan obor semangat dakwah para peserta.Seterusnya,para peserta sempat bermain air laut dan futsal kelapa di Pantai Morib dan diakhiri dengan Usrah Wida'.


Aktiviti sebelum berangkat pulang iaitu refleksi akhir untuk memastikan matlamat program tercapai dan apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh para peseta bila kembali nanti, penilaian adakah tercapai matlamat  program ini yang dijalankan pada kali ini  dan penambahbaikan serta cadangan dari peserta. Program yang diadakan selama 3 hari dan 2 malam ini berakhir pada 16 hb Oktober 2011 pada jam 3.30 sebelum para peserta pulang ke Kampus Kolej Profesional MARA Beranang

 
Semoga Allah memberkati pejuangan ini...Teruskan perjuangan mu wahai sahabat semua. Jadikan dunia ini jambatan ke akhirat kita.
 
Laporan akitiviti ini merupakan hak milik perdiqma kpmb seperti yang diterbitkan di "sini".

Wednesday, 12 October 2011

Maklumat Kursus Outdoor Kepimpinan PERDIQMA 2011


Kursus Outdoor Kepimpinan PERDIQMA 2011
Tarikh: 14/10/2011 - 16/10/2011

1.    Objektif Program:
Menggilap sifat kepimpinan di kalangan pimpinan PERDIQMA dari segi:
a)    Melatih keyakinan untuk berucap di khalayak ramai.
b)    Membantu menonjolkan pimpinan yang mampu berfikir dan melakukan tugasan secara syura (Berkumpulan).
c)    Membentuk pimpinan gerakan Islam yang luas pemikiran, aktif dan cergas.

2.    Senarai Fasilitator Akan Membantu:
No
Nama
No Tel
E-mail
No IC
1
Ikhwan Hadid Bin Mesari             
013 6024215
nurwan6001@yahoo.com.my

2
Rokiah Binti Mohamad Rawi  
017 5935843
rokiahrawi@yahoo.com
880910 08 5532
3
Nadiah Binti Haji Abd Hamid
013 6024225
nadiah_nadstory@yahoo.com.my
880125 43 5226
4
Mus'ab Khalili Rosli   
013 3344575
muzarkkhalil@gmail.com
890413 10 5255
5
Anwaruddin Bin Haji Sulaiman
013 5983499
Anwar.aldin144@gmail.com

6
Nuraidah Binti Haji Abd Hamid
019 6886061
nuraidah1992@yahoo.com
921013 13 5298
7
Nur Salimah Binti Yusri
019 2176570


8
Aimran Bin Shahrom
017 2552733


9




10





3.     Tentatif: (Tulisan yang di bold adalah tugasan yang perlu penglibatan fasilitator)
Jumaat
Waktu
Aktiviti:
Lokasi
Fasilotator & Keterangan
(Diisi untuk salinan fasi sahaja)
17.00-18.00
Berkumpul di KPMB
KPMB

18.01-19.30
Konvoi ke Banting
KPMB - Banting

19.31-21.00
Solat berjemaah & persiapan diri
SRIIIA
[Ikhwan,Anwruddin & Mus’ab]
21.01-21.30
Makan Malam
SRIIIA

21.31-22.30
Taaruf fillah
SRIIIA
[Ikhwan,Salimah & Nuridah,]
22.31-00.30
Pembahagian Tugasan
SRIIIA

00.31-01.00
Taklimat Misi 1
Pantai Morib
[Ikhwan & Mus’ab]
01.00- 2.30
MISI 1:  Misi Ke Gaza !
Aktiviti: (Menuju Ke Zon Hitam)

Pantai Morib
[Semua Fasilitator]
2.30-3.00
Refleksi 1/Falsafah program
Pantai Morib


Sabtu
Waktu
Aktiviti:
Lokasi
Fasilotator & Keterangan (Untuk salinan fasi sahaja)
06.00-07.00
Solat Subuh berjemaah & Kuliah Subuh
Pantai Morib
[Anwaruddin]
07.01-07.30
Sarapan Pagi
Pantai Morib
[Nadia & Salimah]
07.31-09.30
Misi 2: Dapatkan Maklumat Rahsia
Aktiviti: (Mendaki Bukit Jugra & dapatkan maklumat misi seterusnya.)
Bukit Jugra
[Ikhwan, Shahir,Rokiah]
09.31-10.00
Refleksi 2/Falsafah program
Kaki Bukit Jugra
[Ikhwan, Shahir,Rokiah]
10.30-11.00
Pulang Ke SRIIIA


11.01- 12.00
Misi 3: Persiapan pejuang:  Masakan Medan
Aktiviti: (Teknik masakan di dalam Hutan)
SRIIIA

[Shahir, Musab, Rokiah]
12.01-12.30
Refleksi 3/Falsafah program
SRIIIA
[Shahir, Musab, Rokiah]
12.31-14.00
Persiapan diri, Solat Zohor &
Makan tengah hari


SRIIIA
[Anwaruddin, Salimah, Rokiah]
14.01-16.00
Misi 4: Luaskan Komunikasi dan dakwah mu!
Aktiviti: (Berkomunikasi dengan pengunjung pantai Morib dan selitkan unsur dakwah)

Pantai Morib
Ikhwan, Anwaruddin, Mus’ab, Rokiah, Nuridah
16.01-16.30
Refleksi 4/Falsafah program
Pantai Morib
Ikhwan, Anwaruddin, Mus’ab, Rokiah, Nuridah
16.31-17.00
Solat Asar
Pantai Morib
Ikhwan & Anwaruddin
17.01-18.00
Slot Santai: Usrah Bersama Fasi Kumpulan
Pantai Kelanang
[Semua Fasi Kumpulan]
18.01-19.00
Misi 5: Karya Agung
Aktiviti: (Sulit)
Pantai Kelanang
[Anwarudin, Mus’ab, Salimah, Rokiah]
19.01-21.00
Solat Maghrib, tazkirah & Solat Isyak
Tajuk: Mengapa perlu ada Gerakan Islam di kampus?
SRIIIA
[En Musa Muhamad Ali]
21.01-22.30
Slot Santai: Remaja Muslim & Kepimpinan
(Bersama En. Musa Mohamad Ali*)
SRIIIA
[En Musa Muhamad Ali]
22.31-00.00
BBQ & Persembahan kumpulan
Persembahan berbentuk lakonan penuh perasaan berkaitan situasi di Palestin

SRIIIA
Semua Fasi
Ahad
Waktu
Aktiviti:
Lokasi
Fasilotator & Keterangan
(Untuk salinan fasi sahaja)
06.00-7.00
Solat Subuh berjemaah & Kuliah Subuh
Pantai Morib
[En Musa Muhamad Ali]
07.00-07.30
Sarapan Pagi
Pantai Morib
[Nadia & Salimah]
07.30-10.00
Riadah
Pantai Morib
[Lelaki: Semua Fasi (L)
Perempuan: Semua fasi (P)]
10.00- 10.30
Persiapan diri
SRIIA

10.00-11.00
Usrah Wida’ (Akhir)
SRIIA
Semua Fasi Kumpulan
11.00- 12.30
Refleksi Akhir:
·         Apa perlu kita lakukan bila kembali nanti?
·         Tercapaikan matlamat program ini?
·         Adakah penambahbaikan kepada peserta/fasi terhadap program yang dijalankan?


SRIIA

12.30- 13.00
Makan Tengah hari
SRIIA

13.01-14.00
Solat Zohor dan pulang ke kampus
SRIIA


*SRIIIA: Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya Al-Ahmadi
Maklumat Tambahan:
·         Bagi ruangan Fasilotator & Keterangan di tentatif di atas: Setiap fasilitator yang terlibat perlu bersedia untuk bertugas pada slot tersebut .
·         Para fasilitator dicadangkan agar dapat hadir di KPMB sebaik-baiknya pada jam 4.00 petang 14 Oktober 2011 dan berjemaah di Surau An Nur KPMB.
·         Tempat berkumpul adalah di hadapan Surau An Nur KPMB
·         Diharapkan  agar setiap fasilitator dapat bersedia dari segi hati, fizikal dan mental bagi menghadiri program seperti ini yang pertama kali adakan.
Semoga program yang dianjurkan kali ini mendapat keredhaan Alla SWT dan dapat memberi manfaat serta ibrah buat peserta dan fasilitator.
Sebarang masalah sila hubungi saya di talian: 013 3344575 (Mus’ab Khalili ) atau e mailkan di: muzarkkhalil@gmail.com


4.    Kos Keseluruhan Program*:
Aliran Tunai Program (RM 35.00 X 35 orang termasuk fasilitator & peserta)
Perkara
Kos:

Subtotal
Penginapan
RM 60.00 x 3 hari (2 Unit)
RM 240.00
Makanan
RM 18 untuk 3 hari  (35 Orang)
Jumaat : Malam: RM 3.50
Sabtu    : Pagi RM 1.50, Tgh Hari: RM 3.50 & 
                 Malam RM 4.50
Ahad     : Pagi RM 1.50 & tgh Hari RM 3.50
Makanan/minuman tambahan: RM 25.00
=122.50+52.50+122.50+157.50+52.50+122.50+25.00


RM 655.00
Aktiviti Riadah:
RM 10.00

Misi 1-6
(Pek makanan & lain-lain) RM 30.00
RM 30.00
BBQ
Makanan laut: Ikan, udang, kerang dan lain-lain
RM 100.00
Lain-lain

RM 100.00
Total

RM 1125.00

*Jadual aliran tunai (kos) ini berdasarkan bayaran RM 35 bagi 25 peserta dan 10 fasisitator (RM 35 x 35 orang = RM1125). Kos adalah anggaran awal dan tertakluk kepada perubahan semasa.

Nota: Pastikan Fasilitator membawa RM 35.00 sebagai bayaran untuk kos sepanjang 3 hari tersebut

5.    Kenderaan Sepanjang Program*:
No
Pemilik
No Plat
Jenis Kenderaan
Kapasiti
1
Mus’ab Khalili Rosli

Proton Wira
5
2
Danial Ifran

Proton Saga
5
3
Nadia

Proton Saga
5
4
Anwaruddin

Toyota
5
5




6




7





 *Tertakluk kepada perubahan

6.    Checklist Peralatan Perlu (ALUMNAI):
No
Item
Unit
Check




1
Laptop


2
Projector


3
Projector Screen


4
Activity Equipment & Tools


Lain-lain peralatan yang dirasakan perlu:
5



6




7.    Checklist Peralatan Perlu (Setiap Individu):

No
Item
Unit
Check




1
Al Quran terjemahan


2
Sejadah


3
pakaian sukan 2 helai (Wajib menutup aurat)


4
Kasut Sukan
1

5
pakaian solat
1

6
peralatan mandi


7
Torch light
1

8
selipar


9
pen


10
buku nota


11
air mineral 1.5 liter
2

Lain-lain peralatan yang dirasakan perlu:
12
Kain Pelikat


13



14



15










.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................

Semoga pertemuan dan perpisahan kali ini menjadi pertemuan dan perpisahan  yang diredhai Allah SWT serta dikira sebagai satu usaha bersifat “Membela Agama Islam Melalui Kepimpinan”. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan “Kursus Outdoor Kepimpinan PERDIQMA 2011” ini didahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

“Berkhidmat Kerana Allah”